Nanas mempunyai pelbagai manfaat kepada badan manusia. Selalunya nanas digunakan dalam masakan dan dimakan secara mentah untuk mendapatkan nutrien yang terdapat di dalamnya.

Menyedari kebaikan nanas, syarikat Bumiputera, ENSU Lifescience Sdn Bhd (ENSU Lifesciences) dengan kerjasama Sirim Berhad berjaya menghasilkan produk kosmetik berasaskan enzim nanas yang dikenali ENSUtouch.

Pengasas ENSU Lifesciences, Suhana Husin berkata, penghasilan kosmetik berasaskan enzim nanas menggunakan biojisim nanas kaleng sebagai bahan utama.

“Produk kosmetik itu dihasilkan melalui proses berkualiti, berkesan dan selamat, mengandungi bahan aktif premium seperti enzim bromelin berfungsi melambatkan proses penuaan, merencatkan keradangan kulit, meningkatkan keanjalan dan seri wajah serta mencerahkan kulit.

Menurutnya, ia menggunakan teknologi hijau melibatkan pemprosesan biojisim iaitu komponen buah nanas seperti kulit, mahkota dan teras kepada ‘Standardised Extraxt’ tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.

“Pada 2018, inovasi iaitu estrak Bromex Bioactive memenangi pingat perak di Pemaren Rekacipta , Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) dan kini dalam proses mempatenkan inovasi ini,” katanya.

Mengulas mengenai proses ekstrak ini, ENSU Lifescience berkata, proses ini melibatkan pembersihan bahan mentah dan diproses menjadi puri sebelum dihantar ke Sirim untuk proses pengekstrakan bahan aktif.

“Proses dilakukan penyelidik Sirim terlatih dan berpengalaman dalam penyelidikan dna pengujian melalui projek kolaborasi Industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan SIRIM -FraunhoferProjek ini mencerminkan bahawa kolaborasi dan sinergi antara institusi penyelidikan dna pKS sebagai faktor dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi,” katanya.

Pastikan ia selamat

Pengurus Besar IBRC Sirim Berhad, Dr Ahmad Hazri Ab Rashid berkata, bekalan bahan mentah iaitu biojisim nanas kaleng diperoleh daripada Perbadanan Lembaga Nanas.

“Standardised Extract yang dihasilkan menhandungi enzim bromelain serta bahan antiokasida yang distabilkan dengan ‘edible stabiliser’ dan ‘biocampatible preservative’ untuk tahan penyimpanan serta mengekalkan keberkesanan bahan aktif dalam jangka masa panjang.

“Setiap produksi ekstrak nanas ini melalui sijil analisa (Certificate of Analisis, COA) tersendiri bagi rujukan kualiti, keselamatan dan standard dari segi profil kimianya, biologikal dan aktiviti enzim,” katanya.

Dr Ahmad berkata, produk EnsuTouch melalui standard penghasilan tinggi di mana proses ekstrak ini menepati kawalan kualiti, ujian logam berat dan mikrobiologi (APHA) dan bioasai.

Set Penjagaan wajah ENSUtouch

“Produk kosmetik ini iaitu serum, pencuci muka dan ‘sleeping mask’ dihasilkan melalui proses yang berkualiti dan selamat serta mengandungi bahan aktif-premium seperti enzim bromelin. Enzim bromelin berfungsi membantu melambatkan proses penuaan, merencatkan keradangan kulit, meningkatkan keanjalan dan seri wajah serta mencerahkan kulit,” katanya.

Beliau berkata, Sirim memastikan produk ENSUtouch setanding dengan produk yang diimport berikutan telah lama menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk kosmetik dan banyak menerima maklum balas yang positif pengguna dari Malaysia dan rantau ini.

Dr Nurul Izza Nordin

“Penyelidik Kanan Sirim, Dr Nurul Izza Nordin yang mengetuai sekumpulan saintis berpengalaman dari Sirim Berhad menjalankan penyelidikan mengenai enzim bromelain yang terdapat dalam nanas dan khasiatnya kepada kulit wajah.

“Penyelidikan melalui kaedah 3D Screening Sel ini memakan masa hampir dua tahun bertujuan bagi menghasilkan produk kecantikan yang terbukti selamat, berkesan dan berkualiti,” katanya.

Untuk keterangan & info lanjut hubungi 0143955659

Rasai sendiri kehebatan Ensutouch yang sangat hebat !

Sila klik butang whatsapp di bawah ye..

Sumber : NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.bisnessinar.com/kosmetik-berasaskan-enzim-nanas/