
Kejayaan sekumpulan saintis Sirim Berhad dalam melakukan kajian terhadap nanas
Menggunakan biojisim ‘nanas kaleng’ sebagai bahan utama, ENSU Lifescience Sdn Bhd dengan kerjasama SIRIM Berhad berjaya menghasilkan produk kosmetik berasaskan enzim nanas, yang dikenali sebagai ENSUtouch.
Produk kosmetik ENSUtouch ini dihasilkan melalui proses yang berkualiti, berkesan dan dijamin selamat, mengandungi bahan aktif-premium seperti enzim bromelin berfungsi melambatkan proses penuaan, merencatkan keradangan kulit, meningkatkan keanjalan dan seri wajah serta mencerahkan kulit..
Teknologi hijau yang digunakan melibatkan pemprosesan biojisim iaitu komponen buah nanas seperti kulit, mahkota dan teras (core)kepada Standardised Extract tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.
“Pada 2018, inovasi ini iaitu ekstrak Bromex Bioactive telah memenangi pingat perak di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) dan kini dalam proses mempatenkan inovasi ini,” kata ENSU Lifescience dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut mengenai proses ekstrak ini, ENSU Lifescience memberitahu proses ini melibatkan pembersihan bahan mentah dan diproses menjadi puri (puree)sebelum dihantar ke SIRIM Berhad untuk proses pengekstrakan bahan aktif.
Setiap produksi ekstrak nanas ini mempunyai sijil analisis (Certificate of Analisis, COA) tersendiri bagi rujukan kualiti, keselamatan dan standard dari segi profil kimianya, biologikal dan aktiviti enzim.
Produk ENSUtouch telah melalui standard penghasilan yang tinggi, di mana proses ekstrak ini menepati kawalan kualiti seperti ISO 17025; ujian logam berat dan mikrobiologi (APHA) dan bioasai.
“Proses dilakukan oleh penyelidik SIRIM yang terlatih dan berpengalaman dalam penyelidikan dan pengujian, melalui projek kolaborasi Industri Perusahaan Kecil dan Sederhaan (PKS) dan SIRIM-FraunhoferProjek ini mencerminkan bahawa kolaborasi dan sinergi antara institusi penyelidikan dan PKS sebagai faktor WOW dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi,” kata kenyataan itu lagi.
Selain bekerjasama dalam bidang kosmetik, ENSU dan SIRIM turut merancang mengembangkan penggunaan Bromex Bioactive dalam industri lain seperti produk makanan dan minuman; nutraseutikal dan lain-lain pada masa hadapan.
ENSU Lifescience Sdn Bhd diasaskan oleh graduan Ijazah Sains Bioteknologi dari UPM, Suhana@Husin Misnan. Berbekalkan pengalaman lebih 18 tahun dalam dunia penyelidikan, perniagaan, pengilangan dan pemasaran, beliau mahu produk-produk berasaskan teknologi hijau mampu ke tahap yang lebih tinggi dengan moto #SupportMalaysiaSafeBioAgriCosmeceuticals.
Rasai sendiri kehebatan Ensutouch yang sangat hebat !
Sila klik butang whatsapp di bawah ye..
Sumber rujukan :
http://qualitysummit.sirim.my/index.php/media-gallery/press-releases/press-releases-2019/1644-kosmetik-berasaskan-enzim-nanas-pertama-di-malaysia”