Walaupun anda rajin cuci muka, memakai sleeping mask dua hingga tiga kali seminggu, scrub muka seminggu sekali, namun kulit anda masih tidak seperti yang anda harapkan. Lalu, harus apa lagi yang boleh kita lakukan untuk merawat kulit wajah?

Jika anda mencari jawapannya, maka anda boleh ikhtiar satu lagi cara: serum muka.

Serum sangat penting dalam penjagaan wajah kerana ianya berfungsi sebagai rawatan dalaman dan luaran kulit wajah yang bermasalah selain dapat menyihatkan kulit.

Kelebihan Serum Berbanding Krim Muka

Berbanding kebiasaan krim muka, serum mengandungi kepekatan bahan aktif yang tinggi dan molekulnya juga lebih kecil. Ini kerana kebanyakan serum disalut dengan bahan solid dan ringan untuk memastikan ianya serap jauh ke dalam lapisan kulit. Tidak hairanlah penggunaan serum amat penting bagi meningkatkan reproduksi kulit. 

Untuk memberi kesan terbaik agar serum dapat menyerap dengan cepat ke dalam kulit ialah dengan mengurut dari bawah ke atas. Urut dari bawah pipi hingga ke tepi dahi. Kemudian urut dari bawah hidung sampai ke tengah dari. Dalam masa yang sama, urutan sebegini juga boleh membuatkan kulit lebih anjal.

Serum Terbaik Yang Dihasilkan Oleh Penyelidik Dari SIRIM

Kebiasaannya, kita lebih cenderung memilih serum dari luar negara. Kononnya ia mencapai piawaian antarabangsa. Walaupun harganya lebih mahal, namun kita masih mahu menginginkannya kerana percaya pada kualiti yang ada pada serum antarabangsa.

Namun, Malaysia kini sudah boleh berbangga dengan serum yang dihasilkan sendiri oleh para penyelidik dari SIRIM.

Active Skin Repair Serum daripada Ensutouch merupakan serum muka ciptaan anak Malaysia yang cukup istimewa. Serum ini bersifat anti-penuaan dan membantu mengurangkan kedutan serta garis halus pada wajah. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit di samping memberikan khasiat yang tinggi untuk kelihatan lebih muda dan bersih.

Seperti serum mahal yang lain, Serum Ensutouch juga berupaya membaiki kulit dari dalam mahupun luaran. Terdiri daripada molekul halus, ia berkemampuan untuk meresap masuk ke dalam lapisan kulit yang paling dalam (lapisan ketiga) dengan cepat dan pantas.

Hasilnya, ia membaiki muka menjadi lebih baik dalam tempoh yang singkat

Satu lagi fakta yang sangat menarik ialah Ensutouch Active Serum ini juga memberi kelembapan kulit lima kali ganda lebih hebat daripada vitamin C dan vitamin E!

Sifat anti penuaan serta anti kedutan yang ada pada serum ini menjadikan serum ini pilihan buat wanita yang bukan sahaja berada dalam lingkungan usian 40-an, malah mereka yang jauh lebih muda. Wanita mana yang tidak mahu sentiasa kelihatan muda, bukan?

Apa yang lebih penting, sebagai umat Islam, semestinya kita mahu menggunakan produk yang halal. Serum yang dihasilkan oleh para penyelidik Islam dari SIRIM ini semestinya boleh digunakan tanpa waswas.

Ensutouch Active Serum juga telah mendapat pengesahan KKM (KKM NOT190320804K)

Serum ini boleh dipakai pada waktu siang sebagai moisturizer kerana Enzim Bromelin mampu melembapkan kulit dengan pantas dan baik. Sapuan pada waktu malam pula akan membantu mempercepatkan proses rejuvinasi sel kulit.

Cara Penggunaan

Titiskan amaun kecil serum dan sapu pada seluruh bahagian muka, leher dan bahagian bawah mata. Tunggu beberapa ketika untuk serum kering sebelum menggunakan foundation. Boleh digunakan sebagai pelembap harian atau sebelum menggunakan krim malam untuk memaksimakan kesannya semasa tidur.

Isipadu: 30 ml.

Dapatkan Serum Malaysia yang bertaraf antarabangsa ini di sini:



Sila klik butang whatsapp di bawah ye..