Selepas seharian bekerja, pastinya kita akan merasa sangat penat. Sama ada bekerja ataupun suri rumah sepenuh masa, kedua-duanya memerlukan tenaga yang sangat banyak.

Jadi, malamlah waktu untuk berehat. Namun buat wanita, jangan lupa bahawa waktu tidur kita mempengaruhi kira-kira satu pertiga daripada kehidupan seharian kita. Cukup rugi jika kita sekadar tidur tanpa menjaga kebersihan muka.

Ya, cara terbaik merawat muka ketika tidur pastilah dengan sleeping mask. Seperti namanya, sleeping mask sememangnya dibuat khusus saat tidur di malam hari. Fungsi utamanya untuk menutrisi dan membantu pertumbuhan semula kulit saat tidur.

Ketika ini, ada perbagai sleeping mask yang menawarkan perbagai solusi untuk merawat masalah kulit seperti mengatasi jerawat mahupun untuk awet muda.

Di sini kami ingin kongsikan cara penggunaan sleeping mask yang betul:

  1. Cuci Muka Dan Keringkan
  • Jangan Guna Setiap Hari

Benar, memakan sleeping mask sewaktu tidur sangat melegakan. Tapi, jangan guna sleeping mask pada setiap hari. Cukup sebagai produk kecemasan jika anda benar-benar kepenatan.

Dikhuatiri kegunaan terlalu kerap boleh menyebabkan iritasi dan timbul masalah kulit yang lain. Ini kerana elemen pada sleeping mask lebih pekat dan tebal berbanding masker biasa. 

Seeloknya gunalah dua hingga tiga kali seminggu.

Untuk kulit normal bolehlah menggunakannya 2-3 kali seminggu. Bagi kulit berminyak pula, 3-5 kali seminggu, manakala untuk kulit kering 1-2 kali seminggu.

  • Pilihlah Sleeping Mask Yang Sesuai Dengan Keadaan Kulit Anda

Seperti mana facial cleanser, kita juga haruslah memakai sleeping mask yang sesuai dengan jenis muka kita.

Contohnya untuk mencerahkan dan membuat wajah semakin glowing, pilihlah sleeping mask yang mengandung vitamin A dan C.

Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam bekas jerawat, bolehlah memilih sleeping mask yang mengandungi ekstrak beras. Jika mahu wajah terlihat segar dan sesuai untuk kulit sensitif, pilih sleeping mask yang mengandung aloe vera.

  • Urut Secara Perlahan

Apabila sleeping mask sudah diratakan pada wajah, urutlah kulit wajah secara lembut dan perlahan. Tujuannya agar kelebihan sleeping mask akan semakin terserap ke dalam kulit. Tidak perlu diurut terlalu lama, cukuplah dilakukan selama 2–3 minit saja.

  • Jangan Terus Tidur Setelah Pakai Sleeping Mask

Memang namanya sleeping mask, tapi bukanlah bermakna kita boleh terus tidur setelah memakainya. Sebaliknya tunggu sleeping mask menyerap pada wajah terlebih dahulu sebelum benar-benar tidur. Cara ini juga mampu memaksimakan fungsi sleeping mask itu sendiri.

Posisi tidur juga haruslah tegak. Jika mengiring ke tepi, sleeping mask itu nanti melekat pada bantal kita saja. Kan dah rugi.

  • Cuci Muka Selepas Bangun

Seperti namanya, sleeping mask digunakan sewaktu tidur. Jadi ketika anda sudah terjaga pada keesokan paginya, janganlah lupa untuk mencuci wajah bagi membersihkan sisa mask yang masih berbaki.

Tidak perlu bimbang apabila wajah terlihat sedikit berminyak. Ini kerana situasi itu adalah normal.

Jika anda mencari sleeping mask yang bukan sekadar menyejukkan kulit, malah mempercepatkan proses keremajaan, mengapa tidak menggunakan Sleeping Mask Ensutouch?

Produk tempatan yang dihasilkan sendiri melalui kajian terperinci oleh SIRIM selama lebih daripada dua tahun ini pastinya tidak akan mengecewakan waktu tidur anda. Tidur malanya begitu menyejukkan, bangun pagi pula terasa lebih segar.

Malah anda tidak perlu risau andai mengotorkan sarung bantal anda kerana sleeping mask Ensutouch meresap cepat ke dalam kulit seperti krim.

Dan paling best anda boleh memakai Sleeping Mask Ensutouch pada setiap hari bagi memastikan tidur anda seperti Sleeping Beauty !

Inginkan info lanjut mengenai Ensutouch?



Rasai sendiri kehebatan Ensutouch yang sangat hebat !

Sila klik butang whatsapp di bawah ye..