Bedak asas atau lebih dikenali sebagai foundation adalah antara salah satu produk make up yang paling penting bagi setiap perempuan. Seperti namanya, foundation merupakan lapisan asas yang akan membaluti muka terlebih dahulu sebelum solekan lain seperti bedak menghiasi kulit anda.

Antara kepentingan foundation ialah ia mampu menutupi sebarang cela yang ada di wajah seperti jerawat dan jeragat. Namun, pastikan anda memilih foundation mengikut tona kulit yang bersesuaian agar tidak nampak pelik ketika memakaianya.

Jenis-Jenis Foundation

Terdapat juga beberapa jenis Foundation. Antara yang paling terkenal ialah liquid foundation dan cream foundation.

Foundation jenis liquid ini sesuai untuk semua jenis kulit Jika foundation jenis ini mempunyai oil based formula, maka ianya sesuai bagi mereka yang berkulit kering. Bagi yang kulit berminyak, anda boleh memilih liquid foundation yang ada water based formula.

Bagi mereka yang mempunyai parut jerawat yang agak tebal, disarankan untuk memilih cream foundation kerana tekstur foundation ini lebih tebal. Namun, ianya lebih sesuai untuk mereka yang berkulit kering kerana foundation jenis ini mempunyai moisturizer untuk melembapkan kulit muka.

Tidak Bahayakah Memakai Foundation Setiap Hari?

Oleh kerana foundation ini sangat penting, ramai di kalangan wanita yang memakainya setiap hari. Namun timbul persoalan, tidak merbahayakah memakai foundation pada muka setiap hari? Adakah boleh timbul kesan negatif pada muka untuk jangka masa yang panjang?

Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa pemakaian foundation setiap hari akan menyebabkan liang pori terseumbat, seterusnya akan merosakkan kulit. Jadi adalah lebih baik untuk membiarkan kulit bernafas.

Hakikatnya, foundation boleh datang dalam bentuk cecair pelembap (water based formula) atau cecair bebas minyak (oil based formula). Selagi anda menggunakan solekan yang sesuai untuk jenis kulit anda, anda sebenarnya tidak akan menutup liang pori tersumbat.

Jawapan Daripada Pakar

Menurut Nancy Woo, pengarah latihan serantau jenama kecantikan Jepun Shiseido, memakai foundation setiap hari sebenarnya baik untuk kulit muka, lebih-lebih lagi dengan pelbagai kemudahan teknologi yang ada pada masa kini.

Malah Dr Windie Hayano dari The Skin Inc. Dermatology and Laser Center turut bersetuju,, terutamanya sekarang telah banyak produk yang berubah dengan formulasi yang lebih baik.

Kebanyakan foundation kini mempunyai perlindungan matahari, kelembapan dan bahan aktif yang lain dicampurkan ke dalamnya seperti antioksidan.

Dr. Raissa Pasion dari SKIN Dermatology and Laser Center pula mengesyorkan untuk berhati-hati bila memilih foundation. Dia menjelaskan bahawa memakai foundation sahaja tidak cukup untuk melindungi kulit melainkan pundation tersebut mengandungi SPF yang mampu melindungi sinar UV. Maksudnya, kita masih perlu memakai pelindung matahari setiap hari untuk berbuat demikian.

Apa Tindakan Kita?

Daripada kata-kata dan nasihat pakar, kita boleh simpulkan bahawa pemakaian foundation setiap hari sebenarnya tidak membahayakan kesihatan kulit muka, dengan syarat kita haruslah memilih foundation yang sesuai dengan jenis kulit muka kita.

Selain itu, memakai foundation sahaja tidak cukup untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari melainkan foundation tersebut mengandungi SPF 15 yang mamu melindungi sinar UV.

Perkara terakhir yang turut penting, pastikan kita membersihkan muka daripada sebarang solekan sebelum tidur. Jika mahu gunakan sleeping mask sewaktu tidur, ianya tidak menjadi masalah.

Foundation Terbaik Di Malaysia

Seperti yang diperkatakan oleh pakar, foundation yang terbaik ialah foundation yang dihasilkan melalui penyelidikan yang rapi dan teliti. Jika foundation tersebut mengandungi SPF yang melindungi sinaran UV, ianya merupakan satu bonus.

Selain fungsinya sebagai menutup parut dan jeragat, foundation yang terbaik juga haruslah memberi kesan cerah dan menyama ratakan tona kulit.

Antara foundation yang terbaik di Malaysia ialah Velvet Coverage Foundation.

Foundation ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya menghidrat serta mengekalkan kelembapan kulit. Litupan penuh dengan kemasan satin menampakkan natural pada wajah. Ianya juga mudah ditanggalkan dengan menggunakan Ensutouch Facial Cleanser.

Bromex Bioctive sebagai bahan aktif menjadikan Ensutouch Foundation bukan sahaja berfungsi sebagai bedak asas, malah mampu memberi kesan cerah, menyama ratakan tona, menutup parut dan jeragat serta sebagai perlindungan daripada sinaran UV.

Asid hyaluronik dalam Ensutouch Foundation membantu dalam memberi kelembapan pada wajah agar tidak kering untuk ketahanan sehingga 12 jam.

Terhasil melalui para penyelidik SIRIM, Ensutouch Foundation sememangnya sesuai untul semua kulit Malaysia.

Anda boleh dapatkan Ensutouch Foundation di sini:

Rasai sendiri kehebatan Ensutouch yang sangat hebat !

Sila klik butang whatsapp di bawah ye..