Dunia ini terlalu besar untuk diduduki. Bukan sekadar besar, malah setiap tempat juga berbeza iklim, bangsa dan cuacanya. Ada negara yang sentiasa sejuk, ada yang sentiasa panas, ada juga yang mempunyai empat musim.

Ada bangsa yang berkulit putih, ada yang hitam, ada yang sawo matang.

Seperti kita di Malaysia sendiri, iklim di negara kita ialah panas dan lembap sepanjang tahun. Kedudukan negara kita yang terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menyebabkan kita tidak dapat merasai empat musim yang berbeza.

Baik, kami bukanlah mahu menceritakan tentang geografi.

Apa yang ingin kami kongsikan di sini ialah bagaimana iklim dan bangsa mempengaruhi pemilihan facial cleanser yang sesuai untuk mereka.

Ya, terdapat terlalu banyak facial cleanser yang terjual di luar sana. Namun tidak semuanya sesuai dengan suhu, iklim dan budaya rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan ada sahaja facial cleanser yang sesuai untuk kita wanita di Malaysia. Tapi kami di sini ingin kongsikan 5 sebab mengapa Ensutouch merupakan facial cleanser yang sangat sesuai untuk wanita di Malaysia:

  1. Halal

Majoriti wanita di Malaysia ialah beragama islam. Seorang orang Islam, kita wajiblah mencari produk yang halal walaupun produk tersebut bukanlah makanan.

Ya, facial cleanser itu nanti digunakan untuk menyucikan muka kita. Adakah kita sanggup mencuci muka kita dengan produk yang haram atau syubhah?

Ensutouch merupakan produk yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia muslim. Jadi tiada keraguan untuk menggunakannya, lebih-lebih lagi ianya merupakan teknologi yang dihasilkan sendiri oleh SIRIM selama lebih dua tahun!

Adakah anda masih ragu lagi?

  • Mempunyai sifat ‘Soothing Effect’ Yang Tinggi

Dengan cuaca yang panas dan berdebu di Malaysia menyebabkan kebanyakan wanita di Malaysia berkulit kering dan sensitif. Mereka yang berkulit sebegini seharusnya berhati-hati dalam memilih facial cleanser yang sesuai untuk mereka. Takut-takut keadaan kulit menjadi lebih teruk lagi.

Ensutouch merupakan kosmeseutikal pertama di malaysia yang mengunakan enzim bromelin berasaskan nenas yang dapat membantu menyelesaikan masalah jeragat, kulit kusam dan jerawat melalui kaedah rejuvinasi sel kulit tanpa mengunakan bahan kimia terlarang.

Hasilnya, ia memberi kesegaran pada kulit di samping kelembapan dalam jangka masa yang lama. Sangat sesuai dengan iklim di Malaysia yang sentiasa panas sepanjang tahun.

  • Tiada Bahan Kimia Yang Merbahaya

Memang kita rasa seronok jika facial cleanser yang digunakan mempunyai buih yang banyak. Rasa puas hati sangat. Tapi tahukah anda buih yang dihasilkan itu ialah daripada ejen pembuih seperti SLES, SLS dan Paraben yang mana tidak sesuai untuk kulit sensitif dan kering.

Inilah sebabnya Ensutouch tidak menghasilkan buih kerana produk ini bebas daripada bahan kimia yang merbahaya, lebih-lebih lagi kulit muka yang sangat sensitif.

  • Dihasilkan Untuk Kulit Wanita Malaysia

Seperti yang kami telah terangkan sebelum ini, kulit wanita ini berbeza berdasarkan lokasi tempat tinggalnya, iklimnya serta bangsanya.

Produk luar negara memang gah dan teliti dalam kajiannya, namun sampel kajian mereka menggunakan wanita yang tinggal di negara mereka, bukannya negara kita.

Ianya berbeza dengan Ensutouch.

Ensutouch dihasilkan berdasarkan kesesuaian wanita Malaysia. Ujian sampel juga telah dilakukan pada 100 wanita Malaysia berumur 19 tahun ke atas dan maklumbalasnya sangat baik. 

Tiada sebab untuk anda menolak fakta ini.

  • Produk Kebanggaan Malaysia

Sebagai orang Malaysia, seharusnya kita perlu berbangga dengan produk kelahiran anak tempatan, lebih-lebih lagi produk tersebut bertaraf antarabangsa.

Dengan penelitian selama lebih daripada dua tahun oleh 12 saintis SIRIM, Ensutouch layak berada di setiap rumah rakyat Malaysia. Kejayaan hasil daripada penelitian yang teliti ini juga telah melayakkan Ensutouch memenangi Silver Medal ITEX 2018 yang ke 29 pada bulan May 2018.

Jadi amat jelas di sini bahawa ENSUTOUCH adalah pilihan yang lebih baik untuk wanita di Malaysia berbanding produk penjagaan wajah luar negara.

Inginkan info lanjut mengenai Ensutouch? Layari:
https://www.facebook.com/ensutouchHQ