Sebagai seorang suami yang romantik, pastinya anda terfikirkan hadiah terbaik yang boleh diberikan buat isteri tersayang. Mungkin isteri anda sendiri boleh mengagak apakah hadiah yang bakal diterima oleh mereka.

Kalau bukan bunga, coklat. Kan?

Mahu keluar daripada kebiasaan ini? Mari kami kongsikan 5 hadiah rare yang boleh diberikan buat isteri tercinta. Isteri anda bukan sekadar tidak menyangka dapat hadiah ini, malah mereka begitu menyukainya. Tak percaya? Cubalah beli!

Apa yang penting, hadiah-hadiah ini bukan sekadar menunggu hari lahir mereka sahaja. Hadiah ini boleh diberi bila-bila masa. Mari kejutkan isteri anda dengan hadiah-hadiah rare ini:

  1. Jubah Mandian

Nampak simple, tapi biasanya isteri kita memang tiada jubah mandian, kan? Apa kata hadiahkan mereka jubah mandian dengan warna kegemaran mereka. Pasti mood mandi isteri anda juga semakin ceria.

  • Alas Kaki Rumah

Kalau mahu beli alas kaki rumah, pastikan yang comel dan selesa. Kalau si dia ada minat icon atau binatang tertentu, jangan kedekut duit untuk membeli alas kaki yang disukainya. Kalau kaki mereka sentiasa dilindungi dengan kegebuan dan keselesaan sepanjang di dalam rumah, mereka juga pasti akan melayan anda dengan baik, bukan?

  • Pembuat Waffle

Wanita mana yang tak suka waffle? Dengan ada alat ini, isteri anda juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk menu sarapan pagi serta minum petang. Anda dan anak-anak juga yang untung.

  • Pembersih Udara (Ion Purifier)

Untuk kulit yang cantik, keadaan sekeliling amat memainkan peranan, lagi-lagi jika anda tinggal di bandar besar. Untuk mendapatkan udara yang bersih dengan kadar pencemaran yang sangat rendah, cubalah hadiahkan Ion Purifier buatnya.

Bukan sekadar isteri, malah anda sekeluarga turut mendapat manfaatnya.

  • Instant Pot

Trend terkini yang semakin mendapat tempat. Harganya mungkin agak mahal, namun kelebihannya dalam membantu isteri anda di dapur sebenarnya sangat membantu mereka.

  • Rawatan Spa

Isteri memang akan teruja kalau dapat rawatan spa. Samada rawatan muka atau seluruh tubuh, anda boleh berikan masa rehat buat isteri tersayang. Biarkan mereka melupakan seketika kesibukan mereka dan dapatkan kesegaran dengan rawatan spa.

Anda boleh pilih untuk menghantar mereka ke pusat rawatan span ataupun mengambil khidmat rawatan spa yang boleh berkunjung ke rumah anda.

  • Bawa Bercuti

Luangkan lebih masa bersama isteri dengan membawa mereka pergi bercuti. Bawalah ke tempat yang tenang dan jauh daripada kesibukan manusia. Jangan kedekut untuk bermalam di bilik hotel yang lebih mewah.

  • Candle Light Dinner

Bawa mereka ke tempat makan yang romantik. Dalam hal ini, suami perlulah membuat tempahan di restoran atau hotel agar mereka dapat menyediakan meja khas untuk anda, seperti candle light dinner. Wah, isteri pasti rasa sangat teruja.

  • Beg Tangan

Jika anda tidak pasti isteri menyukai beg tangan yang bagaimana, cuba bawa isteri anda ke kedai yang menjual beg tangan. Dari situ anda boleh lihat beg tangan jenama apa dan rekaan bagaimana yang menjadi pilihannya.

Sudah tahu, jangan lupa pula untuk hadiahkan beg tangan tersebut buat isteri tercinta. Pasti mereka suka!

  1. Ensutouch

Ensutouch merupakan skincare pertama yang menggunakan enzim bromelin berasaskan daripada nanas. Ianya berkesan dalam menyelesaikan masalah jeragat, kulit kusam dn jerawat melalui kaedah rejuvinasi sel kulit tanpa penggunaan bahan kimia terlarang.

Hasil daripada kajian mendalam serta keberkesanannya, Ensutounch telah berjaya memenangi Silver Medal ITEX 2018 yang ke-29 pada bulan Mei 2018.

Dengan reka bentuk yang elegan, bungkusan yang menampilkan kemewahan serta mempunyai beberapa pakej pembelian yang berbaloi, pastinya Ensutouch menjadi pilihan terbaik hadiah dari suami untuk isteri tercinta.

Bukan sekadar isteri teruja dengan hadiah ini, malah si dia turut kelihatan lebih jelita selepas menggunakannya. Siapa lagi yang untung kalau bukan kita sebagai suami?

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang produk-produk Ensutounch, boleh ketahuinya di sini:

Rasai sendiri kehebatan Ensutouch yang sangat hebat !

Sila klik butang whatsapp di bawah ye..